Tuesday, September 22, 2009

Kepulangan kali ini

Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin
Selamat hari lebaran, minal aidil wal faizin
Eid mubarak, eid said, kul am wanti bi khir
(Meskipun terlewat)
Pun begitu, keterasingan semakin terasa setelah 8 bulan berada di Oman, juga belum ketemu cara ringkas untuk berhubung dengan saudara-mara dan sahabat handai (tiada pusat celcom yang dibuka untuk dapatkan reload), ditambah pula hampa yang teramat sangat kali ini ...
Lantas ku pandu terus ke utara
Melewati jalan kampung dan desa
Berlatar kehijauan banjaran titiwangsa
Begitu jauh berbeda dari gurun sahara
Kuubati luka dengan senyuman anak-anak tak berdosa
Bagai sirih pulang ke gagang
Atau sekadar lawatan singkat sebelum ke perantauan?
Apakah esok lusa penentu fitrah
Atau segalanya lantaran tindakan kita jua?

2 comments:

FdausAmad said...

sis,
Gua nak ajak lu dtg lepak blog gua.rilek rilek beb.

selambe..

j or ji said...

Selamat Hari Raya.
Semoga mendapat keceriaan Syawal.