Wednesday, March 28, 2007

Hentikan 'pembaziran keterlaluan'

– Arshad Ayub*
PUTRAJAYA 22 Mac – Seorang bekas pegawai kanan awam meminta kerajaan menghentikan ‘pembaziran keterlaluan’ dalam perbelanjaannya supaya wang yang dijimatkan itu dapat digunakan untuk projek yang lebih berfaedah.
Tan Sri Dr. Arshad Ayub (gambar) berkata: “Jamuan malam dan sambutan besar-besaran diadakan di merata tempat. Saya dapati banyak pembaziran dan ketirisan berlaku.”
Sambil menyebut sebagai contoh RM220 bilion yang akan dibelanjakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan sekarang, beliau berkata, jika hanya satu peratus pembaziran daripada angka itu berlaku, bermakna RM2.2 bilion akan hilang begitu sahaja.
“Apakah yang kita dapat lakukan dengan RM2.2 bilion? Banyak yang boleh dibuat dengan wang itu,” katanya di Kementerian Kewangan di sini malam tadi ketika menerima Anugerah Mutiara Budi sebagai menghargai jasanya dalam perkhidmatan awam.
Dr. Arshad, 78, telah memegang pelbagai jawatan penting termasuk menjadi Ketua Setiausaha di tiga kementerian dan Timbalan Gabenor Bank Negara, tetapi namanya menjadi terkenal semasa menjadi pengarah pertama Institut Teknologi Mara (ITM) selama 10 tahun dari 1967. ITM kini dinaik taraf menjadi Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang memperkenalkannya bagi memberi penghargaan kepada individu yang menunjukkan perkhidmatan terpuji dalam bidang sosio-ekonomi dan pengurusan kewangan.
Sambil menyifatkan pembaziran itu sebagai satu dosa, Dr. Arshad berkata, Perbendaharaan, selaku agensi yang mengeluarkan dana kerajaan, perlu memastikan wang tidak dibazirkan.
“Ini adalah rayuan saya kepada kerajaan. Saya juga ingin mencadangkan supaya pegawai-pegawai Perbendaharaan menjalani kursus audit supaya mereka lebih faham tentang perlunya pembaziran ini dikurangkan,” katanya.
Kecewa
Dr. Arshad memberitahu Bernama kemudiannya bahawa beliau begitu kecewa melihat pembaziran berlaku khususnya selepas persaraannya daripada perkhidmatan awam semasa negara sedang menikmati kemakmuran.
Ini jauh berbeza dari zaman semasa beliau dalam perkhidmatan awam apabila kerajaan begitu berjimat dalam perbelanjaan, katanya.
“Sebagai tetamu dalam sambutan besar-besaran seperti ini, saya tidak suka melihat semua ini. Mungkin ini disebabkan saya berasal daripada keluarga miskin,” katanya.
Dalam ucapannya, Dr. Arshad berkata, beliau seronok berkhidmat sebagai Pengarah ITM kerana ia memberinya peluang melatih pelajar bumiputera, ramai daripadanya daripada keluarga miskin.
Katanya, institusi seperti ITM memainkan peranan utama dalam membasmi kemiskinan memandangkan “pendidikan adalah senjata terbaik melawan kemiskinan”.
“Kami menyediakan latihan yang amat baik dalam semua disiplin, dan kami bekerjasama rapat dengan sektor swasta bagi menentukan terdapat sekurang-kurangnya 30 peratus kakitangan bumiputera di semua peringkat,” katanya.
Dr. Arshad berkata bahawa selaku ketua di ITM, beliau menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, dan pelajar dari aliran Melayu diberi kursus menguasai bahasa Inggeris selama satu tahun.
“Itulah sebabnya lulusan ITM ketika itu lebih mudah mendapat pekerjaan,” katanya.
Beliau juga menyentuh mengenai kejayaan Bank Rakyat, bank koperasi terbesar di negara ini yang pernah mengalami kerugian besar dalam tahun 70-an dan perlu dibantu, tetapi kini meraih keuntungan RM650 juta.
“Saya memberi pujian penuh kepada Bank Rakyat tetapi saya ingin melihat ia memperuntukkan RM50 juta bagi membantu koperasi kurang maju atau yang sedang tenat. Saya lihat ini sebagai satu tanggungjawab membantu perusahaan kecil dan sederhana,” katanya.
Sambil melahirkan rasa syukur kerana dapat berkhidmat kepada negara dalam pelbagai jawatan, Dr. Arshad berkata, beliau akan terus memberi sumbangan menerusi cara lain khususnya kerja amal ketika usianya sedang meningkat mencecah 80-an.
“Selagi saya ada hayat, saya akan berkhidmat dan berbakti. Jika tidak hanya ada satu jalan, saya rasa mati,” katanya.
– Bernama
Received this from Mohd Nazri Ibrahim, a former student.
I must confess that I am a fan of Arshad Ayub and his equally resourceful wife.
Perhaps an austerity drive would be just what the doctor would prescribe for an ailing nation and its nationals.
The money saved can also help fund much needed research about public health and community communication programmes, among others.

2 comments:

zewt said...

wastage seems to be hallmark of our country.... do u remember the 800k modern toilets that were set up around town? i think they all spoint now.

BaitiBadarudin said...

Yeah, I remembered the official launching so well with all the 'ceremonial crap'; now, I gotta go down town and check if they're still working!